Saturday, January 31, 2009

sekejap nya

hi u ols. sekejap je dah weekend kan? seronok2. mcm ni la best kan? baru la rasa hidup ni adil seadilnya hahaha. btw, mcm mana 3 hari bekerja korang? ke ada yg pakat coti?


Mine is so-so. Bosan/Penat/Annoyed semua pun ada. kira campur tolak bahagi darab dapat la hasil Nazla yang Weng. hiks. hah korang, nak habaq maih ni. dalam pada internet tempat keje ni block certain websites such as other banks' website kan, dia lupa block blogspot and facebook. yabedabedu la kan? kak ita, jangan jeles tau! hehehe


3 hari keje ni gak mcm serupa tade kad touch and go tau. lane touch n go kat klang nye station rosak. so 3 hari ni kena guna machine. masalahnya machine only accept duit yg baru dan cantik tanpa cacat cela. takpun syiling. apa? kenapa tak g kaunter? untuk makluman anda, kaunter nye tak bukak lagi k alo around 6 to 615. hampeh kan? so setelah hari pertama dah kena, hari kedua dan hari ketiga terus stenbai syiling untuk RM3.60 sehala dari Klang ke KL Sentral. abes la sume duit syiling dlm umah daku kutip.


lagi 1 nak citer, saja la nak nunjuk kepada sapa yg bercuti mid term. aritu pnah daku curious nape intern cm daku tak dpt cuti mid term kan? hahaha tapi saja nak bitau ISNIN NANTI KUALA LUMPUR CUTI. hahahahah sila la g skola. saya nak tido. gila blagak kan?


apa plan korang ek weekend ni? meh la lepak2 sama kan? bila lagi nak kenal2 kamu2 semua. XOXO

Sunday, January 25, 2009

2-3 hari

hi uols.




Hari Khamis aritu kan, niat dihati nak balik cepat. sekali train rosak. hampeh. kena tukar train lain kat area Setia Jaya. dah la hujan lebat. kesian mak, sekali lagi anak pempuan dia tak leh temankan dia bukak pose. maap mak.




Jumaat plak i masuk keje lewat sket. amik half day leave. niat di hati nak jumpa advisor yang tak pick up phone dari 2 minggu lepas. No wonder tak pick up office phone, office dia renovate! so i did got his hp number. skali dia ckp akan jumpa sekali dengan the other 2 students. dia suruh i bincang dgn lagi 2 students tu ajak jumpa serentak. WEH ENCIK. saya bukan kenal semua orang.




SO kiranya saya datang Uitm saja saja la buang masa. tp luckily i tak g keje pagi tu. kawan i nak g klcc naik lrt dari kl sentral kan took 45 minutes! dia kata lrt breakdown. hah amik obat. naseb baik. alhamdulillah kejap eheheh.


korang pasan tak gamba ni? ni gamba curik tau. sementara tgh tunggu kwn abes kelas nak anta g komuter station. i duduk la kat library. bukan cari materials for report tau, saje duduk sebab aircond haha. gamba kat atas ni menunjukkan kembar seiras. agak seiras. baju pun sama. ala comel je kan? naseb dpt masuk tempat blaja, fakulti sama. tapi btol ke org kembar ni takleh berjauhan dengan kembar nye? imagine nnt dah kawen? si A gado ngan laki, lari g umah si B, si B gado, lari umah si A. kirang senang la laki kan? hahahaha






ni rupa lrt waktu 11 lebey selepas balik dari uitm. gi keje la kan. mana lagi. pes time weh tgk kosong. hahahaha ye la selama ni time peak hour je saya gunakan public transport ni.


tapi kan ni nak citer sket. tp tade gamba ye. saya tekad malas nak balik awal jumaat aritu. bukan terpk ramai org ke apa. saje nak duduk ofis. tp dlm 630 kwn dah ajak balik. lagipun EA dah suh balik sbb katanya nnt nyesal tak balik awal bila tak banyak keje.


korang nak tau apa jadi kat kl sentral? SESAK. one of their railway rosak. so platform dah kena share, tu la g seremban, tu la g port klang. hadoi2. so i called fren of mine ckp nak tumpang. padahal dia nak g umah nenek dia siap. ahhhh pedulik. janji aku tak bersesak. slamber la ikot adik badik dia g umah nenek dekat area jalan pahang.


kami siap jalan2 g damansara jumpa one of her sibling. makan2, jumpa anak buah dia. ah slamber la kan esok nye kan sabtu. lagipun dah bitau mak about kl sentral and mak pun tak la risau sebab with her siblings suma. hehehe jadi la adik angkat kejap.




Tadaaa!! kiut tak? ni la latest anak buah. my cousin's daughter. entah apa nama dia. panggil Mimi je. comel kan. hahaha huh betambah ramai senarai kena bg duit raya taun ni. tidakkkk. hahahah. comel tau mimi ni. baik je. tak banyak bunyi. tp kan stil i takut nak pegang dia. sebab kecik and lembik sgt. silap ari bulan tekelepai kepala dia ok. hahah


begitulah kisah 3 hari saya dlm satu entry. maap la. kdg2 malas, kdg2 tetido. blom bleh di panggil blogger tegar. hehehe.




ok la, Happy Holiday. Happy Chinese New Year, Selamat Tidur sampai lebam. hiks

Thursday, January 22, 2009

the ntahapeape day



Hi korang. Hari ni nak bitau satu citer kelakar, satu citer tension, satu citer marah. ala korang pun boring kan baca rungutan beta hari2. takpe, kalo korang tgh dlm keadaan seperti cerita yg bakal beta ceritakan, sila klik tanda X berwarna merah di bucu kanan laptop/pc/berry bla bla


Cerita kelakar dulu ye. Hari ni seperti biasa mengantuk gila dalam train. sampai je office terus g buat air.then 8.30 tanya la Encik Assistant apa nak buat harini. skali kan Mem Besar tegur. tekujat kan, selalu mcm tak wujud je kami2 (Hanyala perasaan ku semata mata). cmni la lebih kurang dialog nye




Mem Besar: Eh girl, baju kita sama ye?
hah cuba u tengok? aah la sama.
Beta: Mana sama puan
(dlm hati adoi apa la suwey) lain kaler.


Sebenarnya mmg hampir sama. i pakai baju ungu with darker purple for its flower. Mem Besar plak baju ungu tapi flower nye purple pink. tapi kalo tgk dengan dekat CONFIRM orang kata sama. tapi tade sape perasan pun sampai la abis di citer dgn orang2 disana. siap panggil beta berdiri tepi dia. ada juga yg kacau2 dia suh dia balik tuka baju. hahaha klaka je kan? ala beta tak kisah pun. cuma jadi segan bila semua pandang2. tu saje


tapi its a good opportunity utk lebih mengenali dia. shes ok. mungkin tak tahu nak ckp apa pada dia menjadikan gap between kami lebih besar. ni andaian beta je la ye.tapi ari ni dia sangat peramah. hihi




Cerita tension plak. my mom sms. "balik cepat. nak ajak buka puasa kat luar". hadoi. bape kali dah ckp, anak dia bekerja. bukan goyang kaki. i know dia bosan sorang2 di rumah. and she did understood yang anak nye ni takleh di predict sampai rumah kul bape. tapi mmg dia saja. ala ala cuba nasib. tapi nnt sudahnya dia yang saket ati kan? tension2. nape la mak beta tade company sendiri. senang anak nye relax2. kadang2 sampai alasan "balik cpat. mak takut tinggal sorang" takpun "balik cepat, abang dengan abah tade. adik kena teman mak".


Lagi tension bila kena buat muka keras/slamba balik 5.30 tepat sebab nak kejar train kul 6 ke klang. tension nak berlari lari ni sebab nak memenuhi kehendak bonda terchenta. hari ni pun sama. ade ke dia ajak nye beta teman dia buka puasa kat luar?




Dah la nak cepat. Ujan lebat gila, orang lagi la ramai gila. ade satu scene ni. i dah mcm beratur antara 2 laki. sorang depan i, sorang blakang i. kire halal la terasa pape kan? hiks. sampai sesak2 nafas dlm train weh. ade satu lady ni, hari2 balik sama dengan i. turun kat shah alam. tapi harini baru naik kat kl sentral, kat pantai dalam dia dah kuar. sesak sangat la dalam train arini. aircond plak tak berapa nak function.


sekali sampai je setia jaya, betol la train rosak. SIOT gila.dah la penat lari2 kejar lrt/train. sebab nak memenuhi kehendak bonda. skali train rosak! in the middle of heavy rain. hadoi. suwey lagi. so the cik ketapi suh tunggu next train. of course la ramai kan? tapi i bernasib baik. alhamdulillah. i tak dpt diri kat tempat roof mcm gamba atas tu tau sbb dah ramai. i berdiri yg tempias ujan nye. skali pintu train btol2 terbuka depan i. terus dpt naik. pack nye org jgn ckp la kan?


tapi takpe la, kat subang and shah alam selalunya orang ramai turun. so tak kisah la. mintak halal la kalo teraba, terpegang, tertolak ehehehe.


ok la, nak siap2 kan final touch up utk draft report, esok saya half day. pagi2 nak g uitm. wish me luck ya. xoxo



Tuesday, January 20, 2009

saya ada..tapi

korang, saya cuba buat aksi pantas menaip tau ni. sebab saya sbenanye sangat la busy




hari ni kat tempat keje, encik assistant cuti. so puan supervisor pun tak tahu nak bagi keje apa lagi pada kami since kami dah siapkan keje2 kami. so dia suruh kami buat report kami. i mean draft report yg suppose kami kena hantar pada advisor


oh ya, buat pengetahuan semua, saya masih tidak dpt menghubungi advisor saya. ntah la kenapa, cuti pegi aji ke, cuti honeymoon ke orang tua tu. call pejabat tak jawab2. call fakulti asked for his cellphone number, mereka tak bagi. tanya adakah dia cuti, kerani jawab "kami tak jaga bab2 cuti ni" oleh itu, saya buat je la report based on ade sorang budak uitm lain yg dah anta pun keje nye




ni nak habaq, internet kat tempat keje saya sangat limited. even website bank2 lain di banned. peliknye friendster bole lak. hadoi. so resources saya nak buat report tadi limited. tp berbekalkan semangat poyo. buat la jugak. tapi sampai tang Literature Review terus stuck. of course la kita kena quote kan journals/articles/magazines kan?


so balik je redah ujan lebat sharp at 5.30 sebab dan bajet nak g uitm shah alam. buat apa? nak g pinjam buku la. apa lagi. dah la balik tak dpt duduk, sampai klang terus drive ke shah alam. ujan lebat lagi, naik je ptar senyap sunyi. takut bukan main la kan. skali buku nye hampeh. SANGAT LIMITED. jika ada orang2 library membaca blog ni, sila la tambahkan koleksi. KAMPUS INDUK SUPPOSE MEMPUNYAI BANYAK RESOURCES ok. tengs


end up i stil depan lappy, buat keje, cite mana yg patut. save mana patut. penat? SANGAT ok.






xoxo

Monday, January 19, 2009

the 3 things

hello u ols.


3 things happened to me today. one whole day i mean. tapi before that, let me introduce or dgn kata lain menggunakan nama lain untuk mereka2 yang akan saya sebut selepas ini. kepada yang masih takde idea apa la budak nama nazla ni lakukan skang, meh nak bitau. saya sedang menjalani latihan industri di salah sebuah bank antarabangsa yang berteraskan Islam. haha gila skema. tetiap pagi ulang alik ke Masjid Jamek naik komuter dan lrt dari Klang seawal 6am kerana nak naik komuter jam 6.30am.


Saya ditempatkan di credit and operations department. saya dan 3 lagi rakan "senasib" diberi tunjuk ajar oleh seorang lelaki yg saya panggi Encik Assistant (bukan EA Lily tau), Encik assistant pula menerima dari arahan dari Puan Supervisor. dan Puan Supervisor pula diberi arahan oleh Mem Besar. hahaha slamber la guna ayat ganti. lebih sopan gitu.


skang meh cite 1st thing yang jadi pada hari ini. Hari ni kan saya sebagai org yg bekerja lebih kurang sebulan setengah tekujat bila Puan Supervisor dan Mem Besar agak mesra dengan kami2 yang interns ni. Pelik. pagi2 lagi Mem Besar dah tegur. Petang pula Puan Supervisor bertanyakan report/thesis kami. paling best bila Mem Besar membahasakan kami sebagai "my girls" kepada bos2 seangkatan dengan dia. hahah bangga kejap.


2nd thing yang terjadi pada hari ini, ketika sedang ber rushing rushing ingin pulang kerana dah janji dengan mak nak teman dia buka pose, terserempak pula dengan gadis ni. tekujat juga. ye la, baru je niat tuka2 no tepon nnt jumaat nak deting. skali arini terserempak. maap la ye sis, naz nak cepat tadi. tak amik gamba plak tu. padahal ade je henpon bekamera digital saya ni hahaha. comel je orang nya, tapi dari jauh masam je. ala sape yg tak masam muka bila balik keje? lain la kalo yg menunggu di rumah seekor ayam kenny rogers bersama macaroni and cheese berserta dengan mashed potato dan garden pasta salad. confirm sume senyum2. hiks takpe2, esok2 kita cuba lagi tau sis! tak saba rasanya nak jumpa. tadi terserempak pun mcm dah kenal lama tapi lapan blas tahun tak jumpa. haha


3rd thing ni lagi best weh. saya kan kalo naik train je tension. ye la sesak2, sape suka kan? tiba2 rejeki weh, dpt duduk kat seri setia. yabedabedu la kan? sat gi baru 1 stop dpt duduk, ade plak pregnant lady berdiri tepi. aiseh. saya mmg ngalah. saya angkat bendera putih. saya bangun lalu meng offer akak ni duduk. kakak tu nye muka nampak sangat lega. agaknya tak larat bawa perut. daku yg "kecik" ni pun kdg2 sakit kaki diri lama2. tapi kan, selalunya rasa mcm marah je bila tak dpt duduk sampai klang. tp hari ni rasa ringan. rasa nak senyum2. agaknya nikmat buat pahala kot. kpd kakak tu, sila la diri tepi saya lagi esok lusa. banyak la pahala saya nnt. yay.




cukup2 la apa yg jadi pada saya. esok lusa saya citer lagi k. ni nak siapkan koje plak. kpd sister nurul huda, sila sms number anda. bole kita deting. hiks


xoxo

Friday, January 16, 2009

yay its friday!



Hi u ols. ITS FRIDAY. finally hari yang di tunggu tunggu telah tiba. minggu ni mmg minggu suwey la utk i. last few days, beli topap kat kl sentral sampai ke besok ptg nye baru dpt topap. tu pun setelah saya dtg balik kedai memberitahu. cis




Hari ni lagi suwey. seperti biasa la kan, pegi keje naik komuter & lrt. so saya ni pengguna touch n go sebab lebih mudah dah cepat (tp skang da mcm sama je beli tiket). sampai je kl sentral, saya cuba la tag card seperti biasa utk kuar dari laluan nye. lampu laluan tu dah jadi ijau, baki pun dah tertera kat screen RM35.60. tapi pelik nye penghadang laluan tu tak nak terbuka. eh korang paham ke ek? ala kalo guna tiket tempat korang masukkan tiket tu. kan lepas tu terbuka penhadang nye.




bila dah tak terbuka penghadang, saya agak panik la. dah la org beratur panjang. skali cik gad ketapi tanah melayu ni (pekerja sbenanye) kata suh i ikut line ujung skali bersama org yg pakai touch n go bulanan tu. tak tahu plak selama ni situ pun bole guna kan.




so dia suh i tag. skali screen tu mcm tulis baki i rm14. aik i pun pelik. tp pure2 la agaknye salah pandang. bila tag je kat laluan lrt, confirm! baki saya mmg rm14. beta pun curious. tp nak masuk balik ke ktm, dah lambat nak gi keje. so balik keje daku pegi la bertanya pada kaunter ktm, dia jwb, "g la touch n go centre tanya" dan "yang awak tag 2 kali kenapa?"



saya pun bersungguh ke touch n go centre. bukan apa, beza nye dekat rm20 tu. dapat utk pergi balik keje 2 hari tau! so jumpa la pekerja service centre. dia tanya "kenapa plak cik gad suh awk tag 2 kali?" "dia kan lagi tau yg mana bleh tag 2 kali"


pulak dah? baru la beta tahu. so utk neutral kan keadaan saya berkata "agaknya cik gad tu tak tahu yg saya dah tag memula" so akak service centre kata, dia takleh nak check akaun touch n go saya sbb belum 24 jam. dah macam nak report polis kan?


so i tny la bole ke claim, bape lama. skali dia jwb "adik isi borang dulu. nnt kami siasat, minimum sebulan, nnt kami hantar cek ke rumah" soalan nye disini : ADAKAH KORANG PUAS HATI?


suwey btol la arini.




Happy weekend u ols. xoxo






p/s : pin dan getah rambut tu saya beli kat mydin masa lunch hour. comel kan? ala pin tu i buat pin baju ke so buruk pun buruk la. rm1 je pun. oren tu bos bg hahaha. menarik kan?

Thursday, January 15, 2009

saya tak mahu



Hari ni kan u ols, hari tak berapa betul untuk beta. Dah la tak sihat. Selesema manjang. Kerja plak asyik kene reject. Padahal mereka yang sepatutnya review tak pun review sepenuhnya. paling bengang bila, if ko nak bagi aku task, terangkan btol2. what shud be include, what shud not, what is this, what is that. kalau cmni je slalu, nam blas kali amend pun takkan sesiap tau.


im not telling everybody yang i tak bleh bersusah skit. tp agak frust la. bila supervisor nak gini, assistant nye nak gitu, pastu sudahnya kami yg interns pening kepala.


the biggest weaknesses beta adalah, bila saya dalam keadaan tension, moody, bengang, saya akan transformed menjadi lebih kepada manusia yg sarcastic. so watch out la sape yang bikin hati beta panas. mmg tade toleransi dah time tu. mana dtg perangai tu pun tatau la


Ala senang citer, I COULDNT WORK WITH PRESSURE. jgn beri tekanan, jgn push2, jgn ganggu la senang citer. sebab saya bisa mengeluarkan kata2 yang tajam dan sinis. which saya sangat la tak mahu.


SAYA PERLUKAN TEMAN BERBORAK DI GMAIL. SAPE YG SUDI ADD LA YE.
saidatulnazla@gmail.com




xoxo.

Tuesday, January 13, 2009

belum pun pergi obersi



Hai korang. ku gagahkan juga malam ni mengpost sesuatu di blog. sebenarnya beta tidak sedap badan. bersin 2-3 kali dlm seminit adalah petanda selesema bakal berlaku. tonsil yang menyebabkan rasa makan tawar juga telah membuatkan daku menjadi pemarah. hiks.




Ni sume salah aircond kat opis. YA. aircond tu harus dipersalahkan! sebab aircond ni la beta dah rasa tak sedap badan. bukan tak bersyukur, tapi sejuk nye sehinggakan manusia seperti beta juga merasakan kesejukan sampai ke tulang. cuba bayang kan manusia yg kurus melidi tu? sampai ke manakah tahap kesejukan mereka? bagi beta, jika jari pun kebas je sebab sejuk dan membuatkan kerja ku terkehel kehel, lagi la marah kan?




kesejukan yang melampau dan kepanasan apabila di luar opis membuat kulit ku kering. sila lihat gamba di atas. dah mcm pakai blusher je pipi ni. padahal menahan sejuk. takat pakai pelembap muka ni dah tak jalan. kalo nak lebih mudah, cuba guna minyak moto. confirm lembut dan lembap.





oleh kerana kesejukan melampau, kaki pun terpaksa beta sarungkan dengan stoking. jauh tau stoking ni dtg. mekaseh la kepada yg memberi. cuba balik nnt bawak mafla lak. hehehe.


ok la. udah2 la tu merepek. tido lagi best.XOXO

Thursday, January 08, 2009

cubaan yang gagal

pada suatu petang yang agak busy seperti biasa. berjaya rupanya naik tren 610pm. dalam hati gumbira sakan sebab boleh sampai rumah awal. tapi macam biasa la kan, tren of course la macam sardin. nak buat lagu mana? redha je la


tips dari sorang kawan : jangan sesekali berdiri di area2 pintu. jika bole, usahakan masuk ke dalam. sebab bole mengelakkan bersesak dan terhimpit menghimpit. so arini daku berjaya menyelitkan diri ke dalam sikit. ala tepi pintu juga. korang dpt bayangkan tak saya berdiri dekat2 dengan kaca tepi pintu. kan tepi kaca tu ade 2 seat. kire daku berdiri didepan mereka yg duduk la. korang boleh ke bayangkan?


tiba-tiba stop yang kedua dari kl sentral iaitu Pantai Dalam, orang yg duduk tepi kaca ni bangun. lalu daku meng offer kepada org kiri kanan ku duduk. kenapa offer? ingat saje2 ke? tapi org kiri kanan ku insist jugak suh daku yang duduk. aisehmen. naya!


korang nak tau sbb apa? lagi sorang yg tgh duduk tu agak besar juga orangnya. ater? kalo dah dedua "kecik" apa gayanya? serupa daku berdiri jadi sardin kan? oleh kerana kesian tgk org kiri kanan yang beriya suh daku duduk. daku pun duduk. gamak nye bile daku duduk, lapang sket space sardin mereka kan?


terkapit sungguh daku duduk. rasanya time kawen nnt pun lom tentu daku duduk kapit baik punya. hehehe ada la duduk dlm 15-20 minutes. selepas tu sorang antara kami berdua mengambil keputusan bangun dan bagi la orang lain duduk.


rahsia la kan sape yang bangun. if i ngaku i yang bangun, nampak mcm i hero dlm cerita ni. if i ckp orang sebelah tu yang bangun, nampak benar daku tade perasaan. kira senang citer one of us bangun. g duduk tempat lain pastuh.


ni lagi problem terbaru utk daku kan? dulu rasa dgn physical gini susah cari baju. susah nak lari2. skang ada prob baru. takleh duduk dengan org yang sama saiz. hak hak.


kpd yang kurus/kecik/comel yang naik public transport paham2 la kenapa orang seperti daku akan duduk di sebelah anda. bukan la nak sgt duduk sebelah anda, tp lebih selesa. for both us juge.




udah udah la merepek ye. jgn nakal2. XOXO

Tuesday, January 06, 2009

sleepy day

hello u ols. sorry lama agak beberapa hari tak update blog. bukan tak tgk. hari2 buka blog, tgk2 blog orang. cuma tatau nak post cerita ape.


Btw, saje nak bitau loan PTPTN dah masuk. so bebudak yang masih bergelar student atau praktikal seperti saya agak la sedang masyuk poket nya kan? nak tahu apa saya buat? of course la shopping serba sedikit (sikit ke?).




Sila abaikan kaki saya yang besa itu. abes dah orang nya besar, kang kaki kecik lagi pelik kan? hihi. balik je keje ari isnin terus ajak kawan temankan g jusco bkt tinggi. pegi Foot Master. 1st time pegi ni. ada kawan cakap, kalau tapak kaki ada crack tu kan, lagi bertambah sakit kaki bile berdiri lama. maklum la saya kan skang pengguna pengangkutan awam.


ye kawan2. saya mmg ada masalah kulit keras dan pecah2 di tapak kaki tau. dulu pnah pakai Elgy Plus tu tp mcm tak berjaya. so oleh kerana dh dpt loan, dari asyik ku abeskan dengan makanan je, apa kata kita cuba.


Hasilnya kan, mmg tak rasa mencucuk cucuk di tapak kaki. lenguh tu confirm la ada. tp tak la pedih mcm dicucuk cucuk tu. kaki saya sangat licin ok! ada kawan kat opis kata tapak kaki i nampak merah2. nampak segar. hahaha bangga kejap! sekali treatment RM78. mmg la agak mahal utk kasta seperti saya, tp takpe la, bak kata saya td, dari abeskan ke makanan tah apa apa, baik la cantik2 kan diri ni kan?




lagi satu citer, arini kan ari yang sgt mengantuk dan panjang untuk saya tau. dlm komuter masa g keje 4 kali terlelap. padahal dari dulu kata tanak tido dlm train. ya allah berat nya mata sampai ke opis. siap suh kawan sebelah kejutkan dari lelapkan mata utk 5 minit.


balik pun sama, ngantuk nye tahap gaban. patik ade termakan pape yg unsur ganja ke? hahaha. tp jgn tekujat nape saya masih lom tido ketika post entry ni. sbb saya sedang basuh baju. bukan saya basuh, mesin la basuh. ni tunggu nak sidai. pastu TIDO.




Selamat Malam.




korang ade tak petua ilangkan mengantuk

Thursday, January 01, 2009

New Year 2009



Hello u ols!! apa aktiviti korang malam new year? for me, sebelum2 ni confirm g celebrate antara di Curve or Bukit Bintang. Tapi tahun ni berbeza sket. Oleh kerana dah berkerja dan tak la berapa nak larat bersuka ria, friends and me decided jalan2 cari makan dan lepak2.




Actually, tak rancang sgt pun nak kuar tapi, hari ni Bos bagi kuar opis awal sebab takut jem kan. ye la, bukan ade keje sangat pun. staffs pun banyak amik half day, ape kehal interns nak duduk dlm opis kan? So around 6pm dah sampai rumah.




Kepada yang masih tidak kenal pada kawan2 ku ini. Yang lelaki bernama Azlan. Yang bertudung bernama Leely dan yang ber tshirt putih bernama Nadia. sila baca entry ni untuk lebih mengenali mereka dengan lebih lanjut.


Cadangan kami hanya ingin melepak shj. Even sebelum kuar rumah I noticed ade marathon Pirates of The Carribean, ku gagahkan jua kaki ni melangkah sebab dah janji dengan kawan2 ptg td. So kami went to Pak Li sekyen 7 Shah Alam.


Lepas tu kami lepak Tasik Shah Alam for a while. Ye la kami kan dah buat keputusan taknak menghala ke KL. Nak tau tak, kat tasik ni kami siap dpt brochure apa erti cinta, apa erti sex. hahahaha dia ingat kami ni buat projek ke? come on la 3 vs 1? hahaha





So sudahnya kami ke area Sunway Pyramid. dulu2 kami penah tgk fireworks kat sana. So sampai around 11.30, sempat lg ke drive thru McD beli Mcflurry. Then terus ke area Pyramid tgk fireworks dari kereta je. Simple kan?


Pastu kami pun pulang ke rumah guna federal highway. pada yang tak tahu, mulai 1st Jan kan dah kena pakai seatbelt untuk penumpang belakang. pastu bayaran tol akan dpt diskaun 10% pada tgh malam. best pulak. cuma jalan agak jem kat tol. ye la, service baru. agak slow la nak di absorb oleh staff plus tol.




Btw, cuti semester aritu, si Nadia tu berjalan je koje nye. Dari ke Terengganu, ke Penang dan ke Langkawi. Dan ni la hasilnya. hahah dia yang pegi bercuti, saya dapat mcm2. mekaseh nadia.cayang kamu lebey. paling best dpt coklat ni. Korang kalo nak bagi coklat pada i, bagi yang ni je tau. sebab perisa nya 6 in 1. kan senang. tapayah beli banyak2. sume i dpt rasa dlm 1 bar coklat. hihii.




Di kesempatan ni juga, I would like to wish all of you, yes you. yang sedang membaca blog ni, entry ni tak kira la baru kenal, dah lama kenal, pura2 tak kenal, baca diam2
Happy New Year 2009

Wish you all the best in whatever you do dan moga tahun baru ni memberi lebih makna pada kehidupan kita seharian. Lebih tabah, lebih memahami dan lebih bertolak ansur.




To all my beloved bestest friends Nadia, Sarip, Leely, Sidah, Alan, Lobo, to all my friends during my degree especially to Afzan, Nadiah, to all my bestfriends during my diploma Atiq, Ida, Meq, Marlina, Napsiah and not forgetting to all my blog friends (too many to mention here) but u know who u are to me. Happy New Year. May Allah bless us always. Amin.








p/s: hope i will perform better in my new working world.